Pantang Larang

Walaupun ianya menjana pendapatan online, setiap program dan konsep yang anda sertai tetap mempunyai syarat-syarat serta pantang larang yang perlu anda patuhi. Sekiranya anda melanggar terma dan syarat tersebut, akaun anda akan digantung dan lebih buruk lagi akan disekat(Banned) selama-lamanya. Antara pantang larang yang terpenting yang saya akan kongsikan adalah seperti berikut :

#1- Anda hanya boleh mendaftar SATU akaun dalam satu masa. Sekiranya anda mendaftar lebih dari satu akaun, jangan berkongsi komputer/laptop/tablet yang sama untuk log masuk akaun berbeza. Contohnya jika mempunyai dua akaun pastikan log masuk akaun A di rumah dan akaun B di pejabat. Pastikan juga setiap akaun tidak berkongsi cara pembayaran sama dengan satu akaun emel. Moralnya di sini JANGAN TAMAK!!!

#2- Pastikan akaun anda sentiasa aktif. Sekiranya akaun anda tidak aktif selama 90 hari berterusan, akaun anda ditutup dan segala baki wang yang telah anda perolehi akan dipadamkan. Sekiranya anda aktif semula selepas 90 hari, baki wang anda akan diset semula kepada $0.00.

Lain-lain pantang larang akan dikongsi kemudian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan